Masjidil Haram Menjelang 2020
fasa satu
Wajah Masjidil Haram
bakal berubah dengan mendadak menjelang tahun 2020. Ketika ini projek pembinaan master plan Masjidil Haram Fasa 1 sedang giat
dijalankan. Adakah anda tahu apakah yang bakal dibini pada bangunan yang
mengelilingi kiblat umat Islam dunia kelak? Rancangan pembinaan yang
dihasilkan oleh firma pembinaan ATKINS
ini tertiris ke internet lebih
kurang 3 tahun yang lalu. Pihak
kerajaan Saudi suka merahsiakan rancangan permodenan Masjidil Haram
kerana apa yang mereka rancangkan mendatanagkan kontroversi. Bangunan
luaran Masjidil Haram yang ada sekarang akan dimusnahkan. Ianya akan
digantikan dengan bangunan berkubah yang dibina daripada konkrit.
Dari tepi kubah ini kelihatan seperti seorang yang sedang sujud. Rekaan kubah gergasi setinggi 80 meter yang terbuka membolehkan makmum melihat Kaabah sungguhpun dari jarak jauh. Rekaan dinding luaran yang ada sekarang dibina ketika kerajaan Ottoman masih memerintah. Tiang yang digunakan untuk membinanya menyukarkan makmum untuk melihat Kaabah dari jarak jauh. Selain itu sebuah pintu gergasi boleh ubah akan menggantikan binaan kerjaan Ottoman ini. Ketika musim haji pintu gergasi akan terbuka sepanjang masa. Ketika musim Umrah pintu boleh ditutup untuk mengawal aliran manusia yang memasuki Masjidil Haram. Apabila siap kelak kapasiti maksimum Masjidil Haram akan meningkat dari 900 000 kepada 2 juta orang.
Fasa pertama ini bakal menelan belanja GBP 13 Billion dan dibiayai keluarga di Raja sepenuhnya dan akan dibina oleh syarikayt Saudi Bin Ladin. Buat masa ini fasa pertama hanya akan menambah satu sahaja bahagian Masjidil Haram. Sekiranya perlu rekaan kubah yang sama boleh digunakan untuk sekeliling perkarangan masjid dan mengjasilkan bulatan gergasi. Jika ini dilakukan Masjidil Haram mampu memuatkan sehingga 5 juta pelawat pada satu-satu masa. Subhanallah....